Suatu saat Rasulullah sedang duduk bersama isteri baginda iaitu Saidatina Aishah , sedang rasulAllah duduk lalu rasulAllah mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa
" YaAllah ampunilah dosa Aishah , dosa yang lalu dan dosa yang akan datang , dosa yang zahir dan dosa yang batin , dosa yang sengaja dan juga tidak sengaja "
Saidatina Aishah yang mengdengar doa RasulAllah sangat gembira . Kerana terlalu gembira saidatina aishah senyum sendirian , dan berpusing-pusing di dalam rumahnya kerana hatinya gembira mendengar doa Rasulullah .
Rasulullah menjadi hairan dengan tingkah lalu saidatina aishah yang kelihatan sangat gembira lalu Rasulullah bertanya pada saidatina Aishah
" Ya Aishah , Ya Humaira kenapa engkau kelihatan begitu gembira yang luar biasa ?"
Lalu Saidatina Aishah menjawab dengan tersenyum
" Wahai Rasulullah , aku mendengar doa mu untukku dan doa mu itu doa yang luar biasa doa yang pasti Allah kabulkan "
Kemudian Rasulullah yang mendengar jawapan saidatina aishah tersenyum kemudian berkata
" Ya Aishah , Ya Humaira ketahui la doa yang aku doakan untuk mu itu adalah doa yang sama aku doakan untuk ummatku . Disetiap malam disetiap sujudku aku mendoakan dengan doa yang sama tadi itu untuk ummatku " .
Sahabatku , sepatutnya kita yang lebih gembira yang lebih bersyukur dengan doanya Baginda Nabi Muhammad Saw. Semoga dengan sedikit kisah ini kita boleh membalas jasa rasulullah .
Bagaimana nak balas jasa RasulAllah ? Tidak perlu kita berperang cukupla dengan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw 😔💕
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
- [ Habib Ali Zaenal abidin Al Kaff ]
No comments:
Post a Comment